Kahwin
muda~... setiap kali perkataan ni meniti dibibir, ape ek agaknya
persepsi dan pandangan korang pada orang-orang yang kahwin muda?haha bak kata
pakcik iklan tv9, macam-macam ada! Btl tak?
Bagi kite golongan mude mudi ni, mungkin scenario ni bukanlah perkara
asing, tapi bagi makcik-makcik, ramai yang menganggap kahwin muda ni, bukan
something yang baik untuk dipraktikkan atau dijadikan budaya. Kenapa? Sebab
muda lagi, kan elok focus pada pelajaran, bantu mak ayah dulu.Ada juga yang
berpendapat, kahwin muda ni, boleh buatkan rumahtangga tu tak kekal lama sebab
nama pun kahwin muda, baru brapa taun hidup..jadi, tak cukup pengalaman
hidup..ish3 macam-macam kan..
Disebalik pandangan-pandangan
masyarakat kita yang bervariety ni, mungkin ramai yang terlepas pandang pada
hadis rasulullah saw iaitu,“tiga perkara
yang apabila berlaku hendaklah disegerakan iaitu solat apabila tima masanya,
mayat apabila telah disempurnakan dan mengahwinkan anak perempuan setelah
berjumpa dengan pasangan yang sesuai” .Ha...terbukti, jelas dan padat bahawa kanwin
muda ni juga sebenarnya patut dibuat. Bukan apa, kalau kita tengok keadaan
semasa kita sekarang, bukankah elok kahwin muda daripada kawan lama-lama,
mengawal isi hati dan batasan yang belum tentu teguh iman didada.almaklumlah,
iman manusia ni bukan boleh dilihat..ada musim, naik, ada musim, turun.Pada
aku, eloklah kahwin muda untuk menjaga agama kita..
Baru-baru ni, aku ada la join ceramahh Fatimah syarha
di dewan sultan iskandar.UTM yang bertajuk kahwin muda. Macam yang aku target,
memang ceramah ni dapat sambutan hangat. Boleh kata semua budak aras aku dari
macam-macam kos join ceramah ni bahana tajuk yang hangat & sesuai dengan
jiwa-jiwa remaja yang memang dalam umur excited nak kahwin, macam aku.haha banyak info yang aku dapat dari ceramah ni,pro
and contra kawin muda,walhal mcamana nak treat ibu bapa supaya dapat kahwin
awal pun ada. Sebenarnya kahwin muda ni patut diberi pendedahan kepada ibu bapa
supaya mereka tak memandang kahwin muda ni sebagai satu perkara yang ,mengancam
masa depan anak-anak mereka. Sedangkan kahwin muda boleh menjamin kebahagiaan
dunai dan akhirat.tak percaya? Ha.fikir-fikirkan lah!haha
Buat korang yang berhajat nak
kahwin muda dan merupakan anak sulung
dan harapan keluarga untuk mengubah nasib keluarga,aku faham perasaan korang
sebab aku jugak seperti korang,sahabat-sahabat.InsyaAllah,,kuatkan lah
hati,bersabar, dan serahkan segalanya pada yang Esa...semoga pengorbanan kita
terhadap keluarga, usaha kita membahagiakan ibu bapa dirahmati dan diterima
Allah.Mungkin dengan membahagiakan ibu bapa, rumahtangga kita bakal dirahmati
Allah.aku percaya, kuasa Allah maha besar..keajaiban pasti akan berlaku..Apa
yang penting, hargai sajalah kehidupan kita sekarang. Setiap detik yang kita
lalui, lakukan yang terbaik.Berusaha untuk menjadi bakal isteri yang baik dan
solehah agar dapat menempah syurga yang kekal abadi. Disamping itu, tetaplah
menjadi anak yang baik, dan membahagiakan ibu bapa..sesungguhnya, merekalahh
harta kita yang paling berhaga dan ttiada nilainya yang standing di dunia..
Semalu_Life.blogspot.com
No comments:
Post a Comment