Wednesday, May 22, 2013

don't read this..haha

tetibe, teringat satu post by someone...haha

This is merely personal, please don't read. TQ.


To the one that I love most;

   I might not be the best that you can get. You are pretty, brilliant, and kind; a perfect combinations that a man can ask for. I believe there are lots of rich, handsome, and romantic guys that fits you more than me. However my dear, love can't be judge through anything but the heart. And I know that you realized the truth, that's why you chose to be with me, a man with 1001 of weakness.

   If, someone tell you that he can give you big car and  a big house, I won't say a thing. If, someone tell you he will treat you like a princess, I will stay quiet. But if someone tell you that nobody love you more than he do and only him can do everything to make you happy, I will say it's a bullshit.

   My dear, out of 1001 of my weakness, you will find all of it are related with you, and only you. My weakness no. 1 is to see your tears. My weakness no. 2 is to see you in trouble. Weakness no. 3 is to leave you alone. And it's goes on until 1001 kind of weakness. Can you guess what is my weakness no. 1001? Yes; I can't life without you..

   You have done a tough decision; who you want to spend all  of you life with. And I appreciate it so much that you choose me even there are lot's  more asking for your hand. I swear with everything that I have, that my love for you comes from the purest part of my heart, where there is nothing; except you. Be with me, and I promise to keep you inside, forever.



hee thanks...=)

selalu ada..~

kau ada dikala ku suka..
dikala ku duka..
setiap tangisan dan juga ketawa..
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku..
pegang erat tanganku bila aku jatuh..
kau la yang selalu..
selalu menemaniku..
mendengar kisah pahit manis hidupku..
kau lah yang disitu, setia menungguku...
nanananananaaa~

err tak ingat lirik..haha 
dedicate this song to my beloved one..
thanks..4 everythg..
i'm happy u knw..=D

Tuesday, May 21, 2013

cikgu, name tag cikgu terbalik...

hari ni, hari last aku mengajar di sekolah ni...mau tak sedih?! haha walaupun sume student kat sini laki-laki...n kadang-kadang nakal..tapi diaorang sweet sangat.=) Paling tak boleh dilupakan, pertama kali masuk ke kelas..dan diperkenalkan dengan guru pembimbing (since aku berpraktikal kat sekolah ni) tetibe ade sorang student ni tegur..cikgu, name tag cikgu terbalik.errrrkkk...mau tak terkelu lidah.haha banyak lagi kenangan-kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan di sekolah ni...korang memang terbaik lah! cikgu sayang kamu semua..=) walaupun bru beberapa bulan kat sekolah ni...tapi hatiku sudah jatuh sayang kat sekolah ni...thanks high school batu pahat....=)

cinta.....


demi allah, aku menyintaimu, tetapi jika ketentuannya kau bukan untukku, aku redha dan aku berharap hati ini tenang menerima takdir illahi. Ya Allah, kuatkan hatiku menempuhi dugaan yang kau beri...tunjukkan aku,jalan yang kau redhai...bantu aku menjadi kekasihmu yang abadi...jika dia bukan untukku, redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu dan berikanlah aku kebahagiaan dengan insane yang boleh membimbingku kejalanmu...tetapi, jika dia benar untukku, dekatkan hati kami, teguhkan lah hati kami dari dugaan yang mendatang dan leraikanlah segala kekusutan yang kami hadapi...YA ALLAH..HANYA PADAMU AKU MEMOHON RAHMAT DAN KASIH SAYANG....bantu aku, ya allah....

no worry,always happy~


Tak semua yang kita nak,kita boleh dapat. Dan tak semua yang kita dapat, akan kekal selamanya. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berusaha mengejar yang terbaik. Jangan sesekali putus asa pada rahmat illahi kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi.hidup hanya sekali dan Cuma punya satu misi,menjadi hamba sejati. Semoga kita kekal menjadi hamba yang diredhai..kini hingga bertemu illahi.insyaallah..

sweetnyee awak duhai dugaan..



 Dugaan itu pemanis kehidupan...bila ditanya, mengapa dugaan itu pedih untuk dihadapi,jawapannya adalah..kerana syurga itu manis..

Semalu_life.blogspot.com

butakah cinta? =p


Cinta.cinta,cinta...kita selalu sangat membicarakan perihal cinta..cinta sesame manusia, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada harta benda....tetepi sedarkah kita, dalam membicarakan soal cinta kita sering mengutamakan cinta sesame manusia lebih daripada cinta agung, iaitu cinta kepada allah yang maha besar,maha mengasihi...allah,tuhan yang sentiasa mengetahui walau sekecil zahrah ataupun lebih kecil dari itu,apa yang kita fikirkan dihati..ya allah..bantulah aku dalam mencari cinta yang engkau redhai..jangan biarkan aku jauh dari cintamu ya allah...sesungguhnya,hidup dan matiku,hanya lah untuk mu dan keranamu.....
Semalu_life.blogspot.com

Kadang2 aku salu terfikir..dalam menghadapi hidup ni, banyaknya ranjau dan liku2 yang tajam terpaksa ditempuhi...Kadang2 kite terpaksa korbankan sesuatu yang kita sayangi dan impikan demi mencapai sesuatu. Dalam kehidupan, banyak yang perlu kita lakukan..setiap kali bertemu masalah & sesuatu keadaan, kita terpaksa membuat pilihan..walaupun kadang2 pilihan tu susah untuk sibuat, tapi kita buat juga,knp? Sebab itu soal hidup kita.Kerana itulah yang terbaik buat kita. Namun begitu,kadang2 aku terfikir juga, kalau pilihan kita itu yang terbaik, kenapa aku masih lagi rasa sedih? Sedangkan itu adalah pilihan kita sendiri. Sepatutnya aku perlu tabah dan sentiasa bersemangat dalam menghadapi rintangan tu KADANG2 AKU SALU INGATKAN PADA DIRI...allah ada bersabda didalam alquran, tak sume perkara yang kita suka itu baik untuk kita dan tak semua perkara yang kita tak suka tu, tak baik untuk kita....aku selalu mengingatkan diri, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik buat kita.. Mungkinkah ini sekadar dugaan yang Allah berikan agar aku dekat dengannya...adakah dugaan ini sebagai persediaan unruk mase depan aku yang mungkin lebih mencabar? Ya Allah...tak tertanggung rasanya hati ini..bantulah aku ya allah... sesungguhnya engkaulah yang paling memahami isi hatikuu..berilah aku yang terbaik..kuatkan lah hatiku, teguhkanlah pendirianku, tingkatkan lah amalku, berilah aku merasai kemanisan imanmu,kemanisan beribadah kepadamu...ya allah...bantulah hambamu ini ya allah....engkaulah tempat aku bergantung harap,mencurah rasa hati ya allah....engkau maha pengasih, maha penyayang....
Semalu-life.blogspot.com


Kahwin  muda~... setiap kali perkataan ni meniti dibibir, ape ek agaknya persepsi dan pandangan korang pada orang-orang yang kahwin muda?haha bak kata pakcik iklan tv9, macam-macam ada! Btl tak?  Bagi kite golongan mude mudi ni, mungkin scenario ni bukanlah perkara asing, tapi bagi makcik-makcik, ramai yang menganggap kahwin muda ni, bukan something yang baik untuk dipraktikkan atau dijadikan budaya. Kenapa? Sebab muda lagi, kan elok focus pada pelajaran, bantu mak ayah dulu.Ada juga yang berpendapat, kahwin muda ni, boleh buatkan rumahtangga tu tak kekal lama sebab nama pun kahwin muda, baru brapa taun hidup..jadi, tak cukup pengalaman hidup..ish3 macam-macam kan..
Disebalik pandangan-pandangan masyarakat kita yang bervariety ni, mungkin ramai yang terlepas pandang pada hadis rasulullah saw  iaitu,“tiga perkara yang apabila berlaku hendaklah disegerakan iaitu solat apabila tima masanya, mayat apabila telah disempurnakan dan mengahwinkan anak perempuan setelah berjumpa dengan pasangan yang sesuai” .Ha...terbukti, jelas dan padat bahawa kanwin muda ni juga sebenarnya patut dibuat. Bukan apa, kalau kita tengok keadaan semasa kita sekarang, bukankah elok kahwin muda daripada kawan lama-lama, mengawal isi hati dan batasan yang belum tentu teguh iman didada.almaklumlah, iman manusia ni bukan boleh dilihat..ada musim, naik, ada musim, turun.Pada aku, eloklah kahwin muda untuk menjaga agama kita..
Baru-baru  ni, aku ada la join ceramahh Fatimah syarha di dewan sultan iskandar.UTM yang bertajuk kahwin muda. Macam yang aku target, memang ceramah ni dapat sambutan hangat. Boleh kata semua budak aras aku dari macam-macam kos join ceramah ni bahana tajuk yang hangat & sesuai dengan jiwa-jiwa remaja yang memang dalam umur excited nak kahwin, macam aku.haha  banyak info yang aku dapat dari ceramah ni,pro and contra kawin muda,walhal mcamana nak treat ibu bapa supaya dapat kahwin awal pun ada. Sebenarnya kahwin muda ni patut diberi pendedahan kepada ibu bapa supaya mereka tak memandang kahwin muda ni sebagai satu perkara yang ,mengancam masa depan anak-anak mereka. Sedangkan kahwin muda boleh menjamin kebahagiaan dunai dan akhirat.tak percaya? Ha.fikir-fikirkan lah!haha
Buat korang yang berhajat nak kahwin  muda dan merupakan anak sulung dan harapan keluarga untuk mengubah nasib keluarga,aku faham perasaan korang sebab aku jugak seperti korang,sahabat-sahabat.InsyaAllah,,kuatkan lah hati,bersabar, dan serahkan segalanya pada yang Esa...semoga pengorbanan kita terhadap keluarga, usaha kita membahagiakan ibu bapa dirahmati dan diterima Allah.Mungkin dengan membahagiakan ibu bapa, rumahtangga kita bakal dirahmati Allah.aku percaya, kuasa Allah maha besar..keajaiban pasti akan berlaku..Apa yang penting, hargai sajalah kehidupan kita sekarang. Setiap detik yang kita lalui, lakukan yang terbaik.Berusaha untuk menjadi bakal isteri yang baik dan solehah agar dapat menempah syurga yang kekal abadi. Disamping itu, tetaplah menjadi anak yang baik, dan membahagiakan ibu bapa..sesungguhnya, merekalahh harta kita yang paling berhaga dan ttiada nilainya yang standing di dunia..

Semalu_Life.blogspot.com

Diari hidup seorang pelajar


Diari hidup seorang pelajar....belajar,belajar,belajar...Setiap hari kite akan buat bende yang sama..that is belajar...Apa yang dikejar? Carrymark yang tinggi as bekalan final exam...Pointer yang tinggi supaya kita dapat first class degree and dean list,Pencapaian kokurikulum yang cemerlang supaya kita dapat kerjaya yang kita idamkan..Sebab sume tu,kite sanggup tak tidur malam,tak makan banyak, tak lepak dengan member,tak tengok anime yang kite minat...Betapa berkuasanya semua tu dalam minda dan jasad kita...Dalam sibuk mengejar semua tu, kita lupa..akan matlamat sebenar kita belajar iaitu KERANA ALLAH TAALA.Kadang – kadang, kita sanggup tangguhkan solat sebab nak study lebih masa, kadang – kadang kita lupa nak tunaikan tuntutan tubuh badan kita dengan  beriadah dan bersenam just sebab nak exam..kadang – kadang kita lebih banyak masa dengan buku berbanding membaca Al-QurAn...Sume tu, kita tinggalkan hanya kerana nak excel dalam pelajaran..kononnya,semakin banyak masa yang kita luangkan untuk belajar, semakin cemerlang result kita.  Memang betul, hypothesis tu kita dapat dalm kehidupan yang sebenar. Memang betul, tak pernah ada orang yang Berjaya kalau tak berusaha kecuali gifted person yang Allah kurniakan kelebihan pd certain thing kat dia..Tapi,aku still lagi ingat pesan seorang sahabat, jangan sesekali berakidah semakin banyak usaha kita penentu kejayaan, tapi berakidahlah bahawa tawakal dan pergantungan kita kepada Allah  adalah jalan sebenar menuju kejayaan. Tapi jangan kepercayaan tu, kita tak berusaha, Allah sendiri ada berfirman, ‘Aku takkan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha kaum itu sendiri. SO, berusahalah semampu yang boleh, berdoa, dan bertawakkallah..SesungguhnyaAllah tu maha adil dan maha penyayang. Sentiasa ingat janji Allah,
 ‘ Kamu akan dapat apa yang kamu usahakan ‘ dan ingatlah Allah itu tidak ada keraguan baginya. Dulu aku selalu fkir aku blajar sebab nak Berjaya, buatkan parent bangge n hepy n supaya dapat kerja yang best. Haha zaman kanak-kanak kan, kte tend to think what others think and surrounding aku menunjukkan hanya orang yang Berjaya je dipandang tinggi. Semakin hari, aku semakin dewasa, berhadapan dengan macam-macam cabaran dan dugaan, dengan pelbagai jenis manusia..sampailah aku pernah terfikir, hdup aku ni, semata-mata untuk belajar, kejar kerjaya & duit je ke?
Haha sampai lah aku bertemu dengan golongan-golongan yang mengingatkan aku kembali tujuan hidup kita kat dunia ni...
 “dan tidaklah aku ciptakan khalifah di bumi semata untuk beribadah kepadaku’
MasyaAllah, betapa aku alpa pada kehidupan dunia yang hanya permainan semata. Aku lupa bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan seharian adalah ibadah kepada Allah. Ibadah bukan bmaksud solat lima waktu, puasa dibulan ramadhan n perkara-perkara wajib semata  tapi juga belajar, menolong sahabat, walhal tidur juga ibadah.Namun semua ini perlulah disertakan dengan niat didalam hati kerana Allah.
Jom sahabat, kite tukar persepsi hidup kita? Semoga Allah menetapkan hati kita dan memasukkan kita di kalangan orang-oran yang dirahmatinya....amin..=)

Semalu_Life.blogspot.com